Penerangan
Nama program : Pengawasan air marin di sekitar perairan Negeri Selangor.
Tarikh : 08 Julai 2020
Lokasi : Pelabuhan Klang
Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Selangor bersama pihak Pakar Scieno TW Sdn. Bhd. (PSTW) telah menjalankan pengawasan air marin di sekitar perairan Negeri Selangor. Persampelan air marin telah diambil oleh Pakar Scieno TW Sdn. Bhd. di 6 stesen marin yang telah ditetapkan. Tujuan pengawasan air marin dijalankan adalah untuk memantau kualiti air marin yang terdapat di perairan Negeri Selangor.