Penerangan
Ops Gempur Bil.1/2020 JAS Terengganu telah dilaksanakan pada 28 -30 Jun 2020 dengan tumpuan diberikan di sekitar Kawasan Perindustrian Teluk Kalong dan Kemaman Supply Base, Kemaman.
Tujuan Ops adalah untuk memastikan semua jenis industri mematuhi Akta Kualiti Alam sekeliling 1974 yang dikuatkuasakan oleh JAS. Sebanyak 56 tawaran kompaun dan 11 Notis Arahan telah dikeluarkan sepanjang tempoh ops dijalankan.
Ops ini telah diketuai oleh KPPK (Operasi) Encik Zakaria bin Ahmad@Mohd.