PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Mesyuarat

Perbincangan Jabatan Alam Sekitar bersama pihak Pahang Cement Sdn Bhd

azlini 06/07/2020 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
Perbincangan Jabatan Alam Sekitar bersama pihak Pahang Cement Sdn Bhd
Tahun
2020
Tarikh Keluaran
06/07/2020
Organisasi
DOE WP Putrajaya

Penerangan

Perbincangan diantara Jabatan Alam Sekitar dan pihak Pahang Cement Sdn Bhd telah diadakan pada 19 Jun 2020, jam 9.00 pagi di Bilik Mesyuarat Cempaka, Aras 3, Jabatan Alam Sekitar. Perbincangan ini telah dipengerusikan oleh YBrs. En Wan Abdul Latiff Wan Jaffar, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jabatan Alam Sekitar. Mesyuarat telah dihadiri oleh Pengarah Bahagian Bahan Berbahaya, YM Tunku Khalkausar Tunku Fathahi bersama 4 orang pegawai dari Bahagian Bahan Berbahaya. Turut hadir dalam perbincangan ini ialah En Mohd Sani Mat Daud, Pengarah Jabatan Alam Sekitar Negeri Pahang bersama 3 orang pegawai lain dan 6 orang wakil dari Pahang Cement Sdn Bhd. Perbincangan ini diadakan bagi membincangkan permohonan gunasemula buangan terjadual (Neutralisation Under Flow (NUF)) - SW 205 dari Lynas (M) Sdn Bhd sebagai bahan mentah gantian dan bahan tambah simen di Pahang Cement Sdn Bhd. Perbincangan telah ditamatkan pada jam 10.30 pagi.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan