Penerangan
Johor Bahru, 25 Jun 2020 : Satu Operasi Merentas Sempadan di Daerah Batu Pahat telah dijalankan pada 23 dan 24 Jun 2020 yang lalu melibatkan seramai 40 orang pegawai dari JAS Negeri Johor bersama JAS Cawangan Batu Pahat, Muar, Kluang, Pengerang serta dari Unit Pasir Gudang.
Pemeriksaan telah dijalankan keatas 41 premis industri di Daerah Batu Pahat bagi memastikan pematuhan terhadap Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974. Sebanyak 53 kompaun, 17 Notis Arahan, 37 Arahan di Lapangan dan 1 Penahanan Operasi serta merta telah dikenakan terhadap premis yang telah melakukan kesalahan dibawah AKAS 1974.