Penerangan
LAWATAN SUSULAN KES ADUAN PELUPUSAN HARAM DI BENTONG, PAHANG.
BENTONG, 10 JUN 2020 - Satu lawatan susulan kes aduan pelupusan buangan terjadual telah dijalankan ke atas sebuah premis di Bentong, Pahang yang disertai oleh Pengarah Jabatan Alam Sekitar Negeri Pahang, Tuan Haji Mohd Sani b Mat Daud, Timbalan Pengarah (Operasi) serta pegawai-pegawai JAS Pahang. Pihak premis telah diarahkan untuk mengorek semula tanah di lokasi yang telah dikenalpasti semasa siasatan awal pegawai JAS Pahang bagi mengesahkan aduan tersebut.
Semasa pemeriksaan awal siasatan aduan di premis tersebut, lima (5) kompaun telah dikeluarkan atas kesalahan di bawah PPKAS(BT) 2005. Tindakan mahkamah juga akan diambil ke atas premis di bawah Seksyen 34B, AKAS 1974 siasatan lengkap dijalankan.
#kementerianalamsekitardanair
#jaspahang
#jabatanalamsekitar