PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

OPS TUTUP KHAS DI LEBUHRAYA PANTAI TIMUR (LPT) ‘PERANGKAP’ MAT MOTOR

jamel 29/06/2020 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
OPS TUTUP KHAS DI LEBUHRAYA PANTAI TIMUR (LPT) ‘PERANGKAP’ MAT MOTOR
Tahun
2020
Tarikh Keluaran
29/06/2020
Organisasi
DOE Pahang

Penerangan

OPS TUTUP KHAS DI LEBUHRAYA PANTAI TIMUR (LPT) ‘PERANGKAP’ MAT MOTOR TEMERLOH, 28 JUN 2020 – Ops bersepadu selama tiga(3) jam bermula pada jam 2.00 petang itu yang telah disertai oleh Anggota - anggota penguatkuasa dari Jabatan Alam Sekitar Negeri Pahang dan Agensi AntiDadah Kebangsaan (AADK) memberi tumpuan di lokasi RNR Lanchang dan RNR Temerloh. Lebih 600 penunggang motosikal terperangkap dalam dua lokasi tumpuan mereka di Lebuhraya Pantai Timur diserbu pihak berkuasa melalui Ops Tutup Khas yang telah dijalankan kelmarin. Dalam Ops itu pelbagai kesalahan telah dilakukan oleh penunggang motosikal dengan sejumlah saman dan kompaun telah dikeluarkan oleh pihak berkuasa. JAS Pahang telah melakukan pemeriksaan gas Karbon Monoksida/Hidrokarbon (CO/HC) dengan sebanyak tujuh (7) notis dikeluarkan. #kementerianalamsekitardanair #jaspahang #jabatanalamsekitar #opstutupkhaslpt

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan