Penerangan
Sesi Taklimat Pematuhan Syarat-syarat Lesen Kilang Kelapa Sawit ini dipengerusikan oleh Pengarah Jabatan Alam Sekitar Negeri Perak, Tuan Haji Rosli Bin Zul kepada Pegawai Penguatkuasa telah dijalankan di Jabatan Alam Sekitar Negeri Perak.
Sesi ini adalah bertujuan bagi memantapkan lagi penguatkuasaan terhadap syarat-syarat lesen. Selain itu juga, pegawai penguatkuasa boleh memantau tahap pematuhan Premis Yang Ditetapkan supaya patuh terhadap Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.