Penerangan
Menyahut saranan Pengarah JAS Perak untuk melaksanakan penguatkuasaan secara desktop enforcement semasa Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), Seksyen Post EIA telah mengambil inisiatif dengan melaksanakan program ini bermula 17 Jun 2020 untuk pemaju projek yang tertakluk syarat kelulusan eia yang berkaitan membentangkan serta mengemukakan maklumat pematuhan pembangunan projek mereka berdasarkan syarat-syarat pematuhan EIA.
Penglibatan pemaju projek adalah menggalakkan di mana JAS Perak dapat meningkatkan lagi tahap pematuhan terhadap Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 serta meningkatkan lagi kefahaman pegawai alam sekitar yang dilantik (Environmental Officer) terhadap tugas dan tanggungjawab mereka mengawasi pembangunan projek terutama hal berkaitan pematuhan AKAS 1974.