Penerangan
23 Jun 2020, Unit Post EIA Jabatan Alam Sekitar Negeri Pulau Pinang menyertai satu operasi penguatkuasaan bersepadu “Ops Lumpur” yang disertai oleh pelbagai agensi. Operasi ini bertujuan untuk melihat pematuhan kerja-kerja tanah dan memastikan pihak pemaju mematuhi syarat kelulusan EIA yang diluluskan oleh JAS Pulau Pinang dan juga syarat-syarat yang dikeluarkan oleh agensi lain. Antara agensi yang terlibat adalah JPS Seberang Perai Utara, PTD Seberang Perai Utara dan Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP).