Penerangan
Tarikh : 15 Jun 2020 @ Isnin (9.30 pagi - 2.30 petang)
Lokasi : Pusat Info Sungai Skudai, Taman Tampoi Utama / Log Boom Kampung Laut, Sungai Skudai / Sungai Kim Kim, Pasir Gudang
Ringkasan Program:
Lawatan kerja Y.B. Exco dilaksanakan bagi meninjau dan mengenalpasti keadaan semasa bagi kawalan pencemaran dan pembaikan kualiti Sungai Skudai dan status semasa Sg. Kim Kim, Pasir Gudang.
Agensi yang terlibat ialah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Negeri Johor, Pejabat Daerah Johor Bahru dan Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Johor.
Daripada lawatan ini adalah dimaklumkan isu utama di Sungai Skudai ialah masalah sisa domestik yang dibuang ke Sungai oleh aktiviti masyarakat. Selain itu isu kumbahan juga menjadi penyumbang kepada keadaan kualiti Sungai Skudai pada waktu ini terutama yang melibatkan tangki septik individu.
Lawatan ke Jambatan Canggung, Sg. Kim Kim lebih kepada untuk melihat status terkini keadaan sungai tersebut yang pernah dijadikan tempat pelupusan minyak sisa dari proses pyrolisis. Walau bagaimanapun adalah dimaklumkan bahawa kes tersebut masih dalam proses perbicaraan dan masih belum selesai di peringkat kes pendakwaan.