Penerangan
Tajuk: Perbincangan Jabatan Alam Sekitar bersama pihak Environmental Management And Research Association Of Malaysia (ENSEARCH)
Kategori: Mesyuarat
Perbincangan diantara Jabatan Alam Sekitar dan pihak Environmental Management And Research Association Of Malaysia (ENSEARCH) telah diadakan pada 19 Jun 2020, jam 10.45 pagi di Bilik Mesyuarat Cempaka, Aras 3, Jabatan Alam Sekitar.
Perbincangan ini telah dipengerusikan oleh YBrs. En Wan Abdul Latiff Wan Jaffar, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jabatan Alam Sekitar. Mesyuarat telah dihadiri oleh 5 orang pegawai Bahagian Bahan Berbahaya, JAS Ibupejabat dan 4 orang wakil dari ENSEARCH.
Perbincangan ini diadakan bagi membincangkan cadangan kajian bagi mengeluarkan enapcemar loji rawatan air dari senarai buangan terjadual. Perbincangan telah ditamatkan pada jam 12.00 tengahari.