Penerangan
12 Jun 2020, hasil siasatan Jabatan Alam Sekitar Pulau Pinang bersama wakil daripada Kastam DiRaja Malaysia dan Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal Awam (SWCorp) berjaya menahan satu kontena yang diimport mengandungi bekas-bekas tangki IBC yang dicemari dengan buangan terjadual (minyak mineral).
Kontena telah ditahan di bawah Seksyen 38, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, dan tindakan perundangan yang sewajarnya akan diambil ke atas pihak yang telah disyaki melanggar Seksyen 34B, Akta yang sama.