Paparan Keseluruhan
- Tajuk
- Pengawasan Kualiti Air Laut Di Selatan Perairan Negeri Pulau Pinang
- Tahun
- 2020
- Tarikh Keluaran
- 21/06/2020
- Organisasi
- DOE Pulau Pinang
Penerangan
9 Jun 2020, Pasukan Unit Pengawasan Jabatan Alam Sekitar Negeri Pulau Pinang bersama dengan unit peronda Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Pulau Pinang telah menjalankan pemantauan bagi kes ikan mati dalam sangkar di selatan perairan Negeri Pulau Pinang. Unit Pengawasan yang diketuai oleh Encik Zulfatah bin Yaacob telah menjalankan pemantauan di muara Sungai Krian dan perairan Batu Maung. Pasukan penyiasat telah mengambil bacaan insitu di kawasan yang dilaporkan dan juga menjalankan persampelan untuk mengetahui kualiti air laut.