Penerangan
Tarikh: 26 Feb 2020
Tempat: Bilik Anggerik, Aras 2, Bahagian Bahan Berbahaya, Ibu Pejabat JAS
Jabatan Alam Sekitar (JAS) dalam persediaan untuk melaksanakan sistem pengurusan buangan peralatan elektrik dan eletronik terjadual (Scheduled E-waste) secara holistik yang memfokuskan 6 item kawalan iaitu televisyen, peti sejuk, pendingin hawa, mesin basuh, komputer peribadi dan telefon bimbit.
Perbincangan ini bertujuan untuk memaklumkan kepada pengilang dan pengimport mengenai peraturan SEW yang telah dideraf dan digubal serta dalam peringkat akhir untuk kelulusan daripada pihak Jabatan Peguam Negara.
Salah satu mekanisma yang akan dibangunkan ialah pengenaan fi kepada pengilang dan pengimport berdasarkan bilangan unit peralatan elektrikal dan elektronik yang diletakkan di pasaran Malaysia (Put on Market - POM) menggunakan prinsip Extended Producer Responsibilty (EPR) serta inventori bagi stakeholders terbabit.