Penerangan
Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Pengurusan Bahan Berbahaya Bil 5/2020 telah diadakan pada 10 Jun 2020, jam 9.30 pagi di Bilik Mesyuarat Anggerik, Aras 2, Jabatan Alam Sekitar.
Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh YM Tunku Khalkausar Tunku Fathahi, Pengarah Bahagian Bahan Berbahaya. Mesyuarat telah dihadiri oleh seramai 19 orang pegawai teknikal Bahagian Bahan Berbahaya.
Tujuan mesyuarat ini diadakan adalah bagi mendapatkan ketetapan ahli mesyuarat berhubung permohonan-permohonan yang diterima oleh Bahagian ini serta isu-isu lain yang berkaitan. Mesyuarat telah ditangguhkan pada jam 12.00 tengahari.