Paparan Keseluruhan
- Tajuk
- BENGKEL GAGAL URUS BUANGAN TERJADUAL DI AMBIL TINDAKAN
- Tahun
- 2020
- Tarikh Keluaran
- 16/06/2020
- Organisasi
- DOE Pulau Pinang
Penerangan
12 Mei 2020, Pematang Haji Hassan - Pegawai penguatkuasaan unit aduan dan kontigensi Jabatan Alam Sekitar Negeri Pulau Pinang telah memeriksa satu premis bangkel yang diadu gagal untuk mengurus buangan terjadual sehingga menyebabkan pencemaran bau di kawasan berdekatan. Pemeriksaan mendapati premis ini gagal untuk mengurus buangan SW 410 (turas minyak) dan SW 305 (minyak pelincir terpakai) mengikut peruntukan undang-undang dibawah Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005 Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974..