PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

PELAKSANAAN OPERASI BERSEPADU BAGI MENCEGAH PENCEMARAN AIR SUNGAI SEMPENA MUSIM PERAYAAN (OPS AIR RAYA 2020) BAGI DAERAH BENTONG/RAUB

jamel 15/06/2020 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
PELAKSANAAN OPERASI BERSEPADU BAGI MENCEGAH PENCEMARAN AIR SUNGAI SEMPENA MUSIM PERAYAAN (OPS AIR RAYA 2020) BAGI DAERAH BENTONG/RAUB
Tahun
2020
Tarikh Keluaran
03/06/2020
Organisasi
DOE Pahang

Penerangan

PELAKSANAAN OPERASI BERSEPADU BAGI MENCEGAH PENCEMARAN AIR SUNGAI SEMPENA MUSIM PERAYAAN (OPS AIR RAYA 2020) BAGI DAERAH BENTONG/RAUB 29 MEI 2020, BENTONG - Ops Air Raya ini menumpukan kepada projek pembangunan yang berada di kawasan hulu (upstream) muka sauk Loji Rawatan Air Lurah Bilut dan Mempaga. Operasi melibatkan Majlis Daerah Raub, Pej Daerah dan Tanah Raub dan PAIP Daerah Bentong. Ops ini juga dijalankan berikutan frekuensi penutupan loji tersebut semakin bertambah kebelakangan ini. Pemeriksaan di tapak projek tersebut mendapati terdapat pembukaan tanah yang tidak dikawal dengan langkah kawalan sedimen menyebabkan air larian permukaan (surface water run-off) terus masuk ke sungai dan menyumbang kepada pertambahan kekeruhan air sungai Bilut. Pengukuran in situ yg dibuat di sungai berdekatan kawasan projek dan muka sauk loji lurah bilut mendapati bacaan NTU air sungai melebihi 3000 dan menyebabkan loji air tersebut dihentikan operasi. BMPs yang dibina juga didapati tidak berkesan untuk mengurangkan pelepasan sedimen dari tapak projek ke sungai Bilut tersebut. Susulan pemeriksaan yg dibuat di tapak projek pada hari ini, satu kertas siasatan mahkamah akan disediakan dan 1 tawaran kompaun serta 2 Notis Arahan akan dikeluarkan terhadap penggerak projek. #kementerianalamsekitardanair #jabatanalamsekitar #alamsekitartanggungjawabbersama #jaspahang

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan