PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Sesi Libat Urus

STAKEHOLDERS CONSULTATIVE – SEW ROADMAP DI KOMPLEKS TABOH NANING (SESI LIBAT URUS BERSAMA COLLECTORS DAN RECOVERY FACILITY DI TABOH NANING, MELAKA)

azlini 02/06/2020 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
STAKEHOLDERS CONSULTATIVE – SEW ROADMAP DI KOMPLEKS TABOH NANING (SESI LIBAT URUS BERSAMA COLLECTORS DAN RECOVERY FACILITY DI TABOH NANING, MELAKA)
Tahun
2020
Tarikh Keluaran
02/06/2020
Organisasi
DOE WP Putrajaya

Penerangan

Tarikh: 14 Februari 2020 Tempat: Dewan Pusat Kecemerlangan Pengurusan Buangan Terjadual, Mukim Taboh Naning, Daerah Alor Gajah, Melaka Objektif Aktiviti:   Tujuan penganjuran Sesi Libat Urus Sesi Libat Urus Bersama Collectors & Recovery Facility Scheduled E-Waste adalah untuk menerangkan garispanduan-garispanduan dan roadmap bagi pelaksanaan sistem pengurusan buangan peralatan elektrik dan elektronik terjadual di Malaysia. Jabatan Alam Sekitar Malaysia dalam persediaan untuk melaksanakan sistem pengurusan buangan peralatan elektrik dan elektronik terjadual (Scheduled E-waste) secara holistik yang memfokuskan 6 item kawalan iaitu televisyen, peti sejuk, pendingin hawa, mesin basuh, komputer peribadi dan telefon bimbit. Hal ini adalah penting bagi memastikan buangan elektrik dan elektronik (e-waste) di Malaysia dapat dikendalikan dengan baik dan sistematik. Sesi libat urus ini merangkumi pembentangan berkaitan Garispanduan Pengurusan Scheduled E-Waste yang memfokuskan tentang collection, storage, handling and transportation of scheduled e-waste dan juga recycling of scheduled e-waste in Malaysia. Penganjuran sesi libat urus ini merupakan satu platform yang boleh dimanfaatkan oleh JAS bagi mendapat input daripada pemegang taruh berkenaan collection rate dan recycling rate bagi mencapai kadar pengumpulan sebanyak 30% pada tahun 2030 Penyertaan dari pemegang taruh seperti collection centers dan recovery facility secara tidak langsung dapat menghubungkan kedua-dua pihak dalam memastikan sistem pengurusan SEW ini dapat dilaksanakan dengan teratur sepertimana yang dicadangkan di dalam mekanisma SEW; Malaysia boleh memainkan peranan yang penting sebagai peneraju dalam pengurusan buangan Scheduled E-waste dari isi rumah secara holistik dan yang memenuhi kriteria ESM akan dapat menaikkan imej Malaysia khususnya di peringkat  ASEAN.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan