PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Kesedaran JAS

Capacity Building For Ratification & Implementation Of The Minamata Convention On Mercury (201984783J002)

azlini 02/06/2020 1 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
Capacity Building For Ratification & Implementation Of The Minamata Convention On Mercury (201984783J002)
Tahun
2020
Tarikh Keluaran
02/06/2020
Organisasi
DOE WP Putrajaya

Penerangan

Capacity Building For Ratification & Implementation Of The Minamata Convention On Mercury Kursus ini dijalankan selama 34 hari yang meliputi seminar di kelas, perbincangan kumpulan, lawatan tapak dan pembentangan pelan tindakan. Kursus selama 5 minggu ini membincangkan tentang pengalaman Jepun dalam mengatasi pencemaran merkuri yang berlaku di Minamata Bay akibat daripada aktiviti perindiustrian. Selain daripada itu kursus ini juga memberi pendedahan kepada peserta tentang kepentingan menandatangani Konvensyen Minamata dan obligasi yang terlibat sekiranya sesebuah negara itu telah meratifikasi Konvensyen Minamata. Kursus ini memberi pendedahan kepada peserta tentang artikel-artikel yang perlu dipatuhi di dalam Minamata Convention. Selain itu ia juga memberi maklumat berkenaan pencemaran merkuri dan kaedah dalam mengawal pencemaran merkuri di dalam industri Artikel di dalam Konvensyen Minamata melibatkan beberapa agensi lain seperti Kementerian Kesihatan Malaysia, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Jabatan Kastam dan Jabatan Mineral Geosains. Kesermua agensi ini mempunyai peranan di dalam Konvensyen  dari segi obligasi dan kehendak di dalam Konvensyen sekiranya Malaysia ingin meratifikasinya. Oleh : Norhisham Bin Abdul Hamid (Ketua Penolong Pengarah Bahagian Bahan Berbahaya, Jabatan Alam Sekitar Malaysia) Lokasi Latihan: Japan International Cooperation Agency (JICA) Kyushu Tarikh: 14 Januari 2020- 16 Februari 2020  

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan