PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Kes-kes Alam Sekitar

SIDANG AKHBAR DAN LAWATAN TAPAK KE LOKASI KEMALANGAN LORI TANGKI MINYAK DIESEL YANG MENYEBABKAN HENTI TUGAS LOJI RAWATAN AIR SG. SELISIK, HULU SELANGOR

hafeeza 12/06/2020 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
SIDANG AKHBAR DAN LAWATAN TAPAK KE LOKASI KEMALANGAN LORI TANGKI MINYAK DIESEL YANG MENYEBABKAN HENTI TUGAS LOJI RAWATAN AIR SG. SELISIK, HULU SELANGOR
Tahun
2020
Tarikh Keluaran
01/06/2020
Organisasi
DOE Selangor

Penerangan

Tajuk : SIDANG AKHBAR DAN LAWATAN TAPAK KE LOKASI KEMALANGAN LORI TANGKI MINYAK DIESEL YANG MENYEBABKAN HENTI TUGAS LOJI RAWATAN AIR SG. SELISIK, HULU SELANGOR Tarikh : 29 Mei 2020, Loaksi : HULU SELANGOR Satu Sidang Akhbar telah diadakan oleh YB Tuan Hee Loy Sian, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Alam Sekitar, Teknologi Hijau, STI dan Hal Ehwal Negeri Selangor dan disertai oleh Pengarah LUAS, Dato' Ir Hashim Bin Osman dan juga Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Selangor, Puan Nor Aziah Binti Jaafar yang bertempat di Muka Sauk Loji Rawatan Air (LRA) Sg. Selisek, Hulu Selangor bertujuan melaporkan perkembangan terkini henti tugas LRA berikutan pencemaran minyak diesel ke Sg. Siah, Perak akibat kemalangan lori tangki minyak diesel yang berlaku pada 27 Mei 2020 di Lebuhraya PLUS KM 389.5, Behrang. Turut hadir ke lokasi tersebut adalah Ketua Penolong Pengarah JAS Negeri Perak, Encik Muhamad Rizal Bin Ramli bersama-sama pegawai-pegawai penguatkuasa JAS Negeri Perak bagi memantau kerja-kerja pembersihan longkang dan sungai yang telah dijalankan akibat tercemar dengan sisa-sisa tumpahan minyak. Usaha pembersihan telah dilaksanakan oleh pelbagai agensi termasuk LUAS, JAS Perak, SPAN dan PLUS bagi memantau dan melaksanakan tindakan susulan bagi memastikan pencemaran air mentah dapat dikawal sepenuhnya.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan