Penerangan
18 Mei 2020, Grik - Jabatan Alam Sekitar Negeri Perak telah mengadakan Operasi Bersepadu Ops Air Raya 2020 yang memberi fokus kepada penguatkuasaan di premis-premis yang terletak di hulu takat pengambilan air atau loji rawatan air.
Pasukan penguatkuasaan JAS yang diketuai oleh Pegawai Kawalan Kanan Encik Mohd Farhan Bin Mohd Hashim bersama Penolong Jurutera Md Saad Bin Abdullah telah memeriksa beberapa premis di bahagian upstream sungai dan mengadakan lawatan pemantauan ke atas empangan dan Loji Rawatan Air Lawin Kinayat.
Ops Air Raya 2020 ini dilaksanakan bagi mengelak berlakunya insiden pencemaran yang boleh menjejaskan aktiviti loji rawatan air dan seterusnya memastikan bekalan air terawat tidak terganggu di musim perayaan ini.