Penerangan
18 Mei 2020, Taiping - Jabatan Alam Sekitar Negeri Perak Cawangan Taiping telah mengadakan Operasi Bersepadu Ops Air Raya 2020 yang memberi fokus kepada penguatkuasaan di premis-premis yang terletak di hulu takat pengambilan air atau loji rawatan air.
Pasukan penguatkuasaan JAS yang diketuai oleh Penolong Pegawai Kawalan Kanan Encik Hamdan bin Yaakob telah memeriksa beberapa premis di bahagian upstream sungai dan mengadakan lawatan pemantauan ke Empangan dan loji Pembersihan Jalan Air Kuning Taping.
Ops Air Raya 2020 ini dilaksanakan bagi mengelak berlakunya insiden pencemaran yang boleh menjejaskan aktiviti loji rawatan air dan seterusnya memastikan bekalan air terawat tidak terganggu di musim perayaan ini.