Penerangan
Operasi ini telah dijalankan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bagi daerah Kota Kinabalu. Operasi ini juga telah melibatkan agensi penguatkuasaan Malaysia yang lain iaitu, Polis DiRaja Malaysia Kontijen Sabah dan daerah Kota Kinabalu (PDRM), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Jabatan Imigresen, Jabatan Pendaftaran Negara, Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP), Jabatan Alam Sekitar, dan media. Operasi ini telah dijalankan pada butiran yang berikut:
Tarikh: 21 Mei 2020
Masa: 7.00 - 9.30 malam
Lokasi: Rampayan Laut, Jalan Pintas Tuaran, Kota Kinabalu