Penerangan
Tarikh : 19 Mei 2020 @ 9.00 pagi berkumpul di Jeti Persendirian, Pendas.
Keadaan cuaca baik/cerah
Pegawai terlibat terdiri dari 3 pegawai JAS iaitu PPKK Intan, PJ Mohd Fazilin dan PJ Mohd Aminullah sementara 4 orang pegawai dari PSTW bersama-sama.
Stesen yang terlibat iaitu Pulau Merambong, 9 stesen di Bahagian Barat Selat Johor sehingga ke stesen terakhir berhampiran Tambak Johor. Senarai stesen ialah, Pulau Merambong WM1, Tg. Kupang SJ10, Tg. Bunga SJ9, Tebing Runtuh SJ8, Kuala Sg. Melayu SJ8A, Tg. Danga SJ7, Kuala Sg. Skudai SJ7A, Pusat Islam SJ7B, Hadapan MBJB SJ6.
Sampel-sampel yang telah diambil telah disiapkan untuk persediaan penghantaran ke JKM JB dan sebahagian lagi akan dipersiapkan untuk penghantaran ke JKM PJ mengikut parameter dan protokol yang ditetapkan.