PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Kesedaran JAS

Kebajikan Keutamaan Kami : KASTER JAS Terengganu

zu 26/05/2020 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
Kebajikan Keutamaan Kami : KASTER JAS Terengganu
Tahun
2020
Tarikh Keluaran
26/05/2020
Organisasi
DOE Terengganu

Penerangan

Program Kebajikan Keutamaan Kami oleh Kelab Kebajikan dan Sukan JAS Terengganu (KASTER) kepada ahli KASTER yang telah meninggal dunia dengan memberikan sumbangan kepada ahli keluarga arwah telah disempurnakan pada 26 Ramadhan 1441H bersamaan 19 Mei 2020. Turut menerima sumbangan adalah ahli KASTER yang ahli keluarganya dimasukkan ke wad hospital serta ahli keluarganya yang cemerlang dalam keputusan SPM 2019. Program seumpama ini dilaksanakan pada setiap tahun oleh pihak KASTER. Ianya bertujuan bagi menzahirkan tanda ingatan dan kasih sayang KASTER kepada ahli yang telah meninggal dunia serta menzahirkan rasa tanggungjawab sosial kepada ahli KASTER yang ahli keluarganya dimasukkan ke hospital dan yang berjaya dalam peperiksaan.  

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan