Pada 29-31 Januari 2020 telah diadakan
The 13th Workshop on Environmental Monitoring of Persistent Organic Pollutants in East Asian (POPsEA) Countries di Bangkok, Thailand. Bengkel selama tiga (3) hari ini telah dianjurkan bersama oleh
Ministry of the Environment Japan (MOEJ) dan
Ministry of Natural Resources and Environment (MONRE), Thailand. Bengkel ini telah disertai oleh pegawai kerajaan dan pakar teknikal dari Sembilan (9) buah negara, iaitu Cambodia, Indonesia, Jepun, Republik Korea (ROK), Lao PDR, Malaysia, Mongolia, Thailand dan Vietnam serta Sekretariat Konvensyen Basel, Rotterdam dan Stockholm (BRS), United Nations Environment Programme (UNEP) dan seorang pakar dari Örebro University, Sweden. Malaysia telah diwakili oleh dua (2) orang pegawai kerajaan, iaitu
YM Tunku Khalkausar Tunku Fathahi, Pengarah Bahagian Bahan Berbahaya, Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan
Puan Thahirah Kamarulzaman, Ketua Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Bahan Berbahaya, JAS.
Objektif bengkel ini adalah seperti berikut:
- Mengkaji semula hasil pemantauan Persistent Organic Pollutants (POPs) yang diperolehi di dalam projek ini;
- Bertukar pendapat mengenai dasar dan aspek teknikal pemantauan (POPs); dan
- Membincangkan kemaskini pemantauan berterusan rancangan dan arahan masa depan aktiviti dalam projek ini.