Penerangan
Tarikh: 11 Februari 2020
Tempat: Connexion Conference & Event Centre (CCEC) Bangsar South
Objektif Aktiviti: Tujuan sesi Pocket Talk ini adalah untuk berkongsi dengan pelbagai lapisan masyarakat berkenaan kepentingan pengurusan E-Waste dan juga perancangan oleh pihak JAS tentang melaksanakan sebuah sistem pengurusan Scheduled E-Waste di Malaysia.
Jabatan Alam Sekitar Malaysia dalam persediaan untuk melaksanakan sistem pengurusan buangan peralatan elektrik dan elektronik terjadual (Scheduled E-waste) secara holistik yang memfokuskan 6 item kawalan iaitu televisyen, peti sejuk, pendingin hawa, mesin basuh, komputer peribadi dan telefon bimbit. Hal ini adalah penting bagi memastikan buangan elektrik dan elektronik (e-waste) di Malaysia dapat dikendalikan dengan baik dan sistematik. Oleh itu sesi Pocket Talk ini dapat memberi pendedahahan kepada masyarakat yang hadir berkenaan pengurusan E-Waste yang sedang diusahakan oleh pihak JAS bagi memastikan sistem pengurusan Scheduled E-Waste (SEW) yang akan dilaksanakan mendapat perhatian masyarakat serta mereka cakna akan agenda yang di bawa oleh pihak Kementerian bagi membendung masalah E-Waste di Malaysia.
Penganjuran sesi Pocket Talk ini merupakan satu platform yang boleh dimanfaatkan oleh JAS bagi menyebarkan maklumat kepada semua pemegang taruh mahupun masyarakat berkenaan Sistem Pengurusan SEW di Malaysia. Semua lapisan masyarakat perlu menghantar E-Waste mereka kepada Authorized Collection Point supaya barang-barang berkenaan tidak akan pergi kepada Informal Sector di mana berkemungkinan besar golongan ini tidak mengamalkan environmentally sound manner (ESM) dalam menguruskan E-Waste yang dikutip daripada orang awam.