Penerangan
Mesyuarat ini telah di adakan pada 4 Februari 2020 (Selasa) di Bilik Mesyuarat Amber, Kementerian Air,Tanah Dan Sumber Asli Putrajaya dan telah dijalankan oleh Seksyen Perlesenan, Bahagian Bahan Berbahaya Ibu Pejabat.
Mesyuarat Ini telah di pengerusikan oleh YBhg. Puan Pengarah Bahagian Bahan Berbahaya YM Tunku Khalkausar Tunku Fathahi
Seramai 25 ahli mesyuarat telah hadir, yang terdiri daripada pegawai pegawai perlesenan Premis Yang Ditetapkan Buangan Terjadual (PYDT BT) dari Jas Ibu Pejabat dan Jas negeri seluruh Malaysia . Turut hadir bersama dalam mesyuarat ini adalah Pengarah JAS WPKL, Tuan Azlan bin Ahmad.
Mesyuarat ini bertujuan membincangkan isu-isu berkaitan perlesenan premis PYDT BT khususnya dalam hal menangani isu pengurusan buangan terjadual dan pelupusan haram
Selaras dengan arahan YBM MESTECC iaitu penguatkuasaan melalui sistem eSWIS, Jas Ibu Pejabat telah menyediakan satu garis panduan pengawasan dan penguatkuasaan pengurusan buangan terjadual (BT) melalui sistem eSWIS sebagai panduan kepada pegawai operasi di Jas Negeri.