Tarikh: 11- 19 Februari 2020
Tempat: Bangkok, Thailand
Objektif Aktiviti:
- Untuk memudahcara, meneroka dan mengumpul fakta, maklumat, pengetahuan, teknologi, pengalaman dan amalan terbaik pengurusan E-Waste di kalangan negara ASEAN dan Korea;
- Membina jalinan (networking) kerjasama serantau antara negara ASEAN dan Korea di dalam bidang pengurusan E-Waste;
- Membangunkan garispanduan bagi pengurusan E-Waste di kalangan negara ASEAN dan Korea
Association of Southeast Asian Nations (ASEAN) merupakan badan inter-government yang ditubuhkan untuk menggalakkan kerjasama dan kerjasama di antara 10 negara anggota, serta memajukan kepentingan rantau ini secara keseluruhan.
Projek kerjasama
Regional Workshop: Asean-Korea Dialogue For E-Waste Management ini dianjurkan oleh Industrial Economics (OIE), Ministry of Industry of Thailand dengan kerjasama Electrical and Electronics Institute (EEI). Bantuan kewangan bagi projek ini adalah daripada ASEAN-Korea Economic Cooperation Fund (AKEC).
Aktiviti utama bengkel ini adalah untuk menganalisa mengenai kerjasama serantau berkaitan pengurusan E-Waste. Bengkel ini bertujuan untuk menyemak dan menganalisa maklumat data, kerangka perundangan, penggubalan dasar, berkongsi pengalaman serta membincangkan topik dan cabaran di dalam pengurusan E-Waste.
Selain itu, lawatan tapak juga diadakan bagi melihat prjek pengurusan E-Waste yang dilaksanakan di Thailand di Perbandaran Nonthaburi dan Wat Suan Kaew Temple.
Hasil daripada projek yang dilaksanakan ini, satu dokumen panduan berkaitan pengurusan E-waste di kalangan negara ASEAN dan Korea dapat diterbitkan dan disebarkan kepada pihak berkepentingan. Ini akan menjadi platform yang baik untuk membina dan memupuk kerjasama rangkaian di dalam pengurusan E-waste terutamanya di kalangan industri elektrikal dan elektronik di ASEAN dan Korea.
Selain itu, Malaysia boleh memainkan peranan yang penting sebagai peneraju dalam pengurusan buangan
Scheduled E-waste dari isi rumah secara holistik dan yang memenuhi kriteria ESM. Ini akan dapat menaikkan imej Malaysia khususnya di peringkat ASEAN.