Penerangan
19 Mei 2020, Ipoh - Satu mesyuarat Terms Of Reference permohonan EIA bagi kilang pyrolisis telah diadakan di Jabatan Alam Sekitar Perak. Perbincangan ini bertujuan bagi menerangkan keperluan dan juga skop analisis yang perlu dilaksanakan oleh pihak project proponent dalam EIA sebelum laporan itu diluluskan.
Hal ini adalah penting bagi memastikan semua skop elemen yang perlu kepada data analisis dan kajian dikemukakan dan dijelaskan dengan terperinci dalam Laporan EIA. Kualiti laporan EIA yang baik menentukan kelestarian projek yang akan dilaksanakan nanti.