Penerangan
Mesyuarat EIATRC (Environmental Impact Assesment Technical Review Committee) bagi Cadangan Pengeluaran Hasil Hutan di Daerah Kemaman telah diadakan pada 18 Mei 2020 jam 10 pagi secara 'online' menggunakan aplikasi Zoom di JAS Terengganu. Pengarah JAS Terengganu, Encik Ramli bin Abd. Rahman telah mempengerusikan mesyuarat tersebut.