Penerangan
Operasi Air Raya JAS Terengganu telah dijalankan pada 18 Mei 2020. Antara premis yang diperiksa ialah Loji Rawatan Air Bukit Sah, Kemaman. Seramai 15 orang pegawai JAS Terengganu terlibat dalam operasi ini. Turut menyertai operasi ini ialah 2 orang pegawai dari Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), 2 orang pegawai dari Majlis Perbandaran Kemaman dan 1 orang pegawai dari Syarikat Air Terengganu.