Penerangan
JAS WPKL bekerjasama dengan Jabatan Pengairan Dan Saliran (JPS) dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan perunding yang dilantik, Global Environmental Centre (GEC) di bawah projek River Of Life Public Outrich Programme Fasa 5 (ROLPOP5) telah menganjurkan Bengkel CLEAN Amalan Pengurusan Terbaik (Best Management Practises, BMPs) Bagi Industri pada 3 Mac 2020 bertempat di TRIUNE 2, Truine Centre @ KL Eco City, Bangsar, Kuala Lumpur. Penyampaian ceramah mengenai Pematuhan Kendiri Terpimpin (Guide Self-Regulation) dan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 telah dilaksanakan oleh Encik Mohd Rosiskada Bin Mohamed, Ketua Penolong Pengarah JAS WPKL.