Penerangan
14 Mei 2020, Ipoh - Pasukan penguatkuasaan yang bertugas pada hari pertama telah dilepaskan dalam satu majlis ringkas. Sebanyak empat (4) pasukan penguatkuasaan JAS Perak yang akan menjalankan "OPS Air Raya" bagi memantau premis-premis kilang yang berada di atas takat pengambilan air loji rawatan air di Negeri Perak. Ini merupakan langkah proaktif Kementerian Alam Sekitar dan Air dalam memantau aktiviti di upsteam bagi mengelakkan sebarang pencemaran air sungai yang boleh menyebabkan gangguan bekalan air pada musim perayaan yang hampir tiba.