Penerangan
13 Mei 2020, Tapah - Mesyuarat Jawatankuasa Pusat Setempat (OSC) Bil.6/2020 bagi daerah Batang Padang telah diadakan di Majlis Daerah Tapah. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Yang Dipertua Majlis Daerah dan merupakan mesyuarat pusat setempat bagi membincangkan serta meluluskan sesuatu kebenaran merancang, pelan bangunan dan hal-hal lain. Jabatan Alam Sekitar Negeri Perak merupakan salah satu agensi teknikal yang terlibat dalam memberi ulasan teknikal dalam sesebuah kebenaran merancang.