PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

SIASATAN KES ADUAN PENCEMARAN AIR AKIBAT DARIPADA PEMBERSIHAN HUTAN

salmiwaty 13/05/2020 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
SIASATAN KES ADUAN PENCEMARAN AIR AKIBAT DARIPADA PEMBERSIHAN HUTAN
Tahun
2020
Tarikh Keluaran
13/05/2020
Organisasi
DOE Perak

Penerangan

Pada 27 April 2020, JAS Perak telah menerima aduan berkaitan kes pencemaran air akibat daripada pembersihan hutan oleh pihak pemaju. Pengadu memaklumkan Sungai Chop telah menjadi keroh yang mana sungai tersebut merupakan sumber air kepada sektor perikanan kecil-kecilan oleh penduduk sekitar Mukim Ijok dan akan menjadi lebih teruk apabila tibanya musim hujan. Oleh itu, Jabatan Alam Sekitar Negeri Perak (JAS Perak) telah menggerakkan pegawai dari Unit Post EIA untuk menjalankan siasatan ke atas aduan yang telah dilaporkan. Salah satu tindakan dan pemantaun yang dilakukan adalah dengan menjalankan pemantauan kualiti air Sungai Chop dengan menggunakan Colorimeter dan Multi Probe YSI DSS Meter