Penerangan
Tajuk : OPS SUMBER AIR LEMBANGAN SUNGAI LANGAT 2.0 SEMPENA PKP HINGGA AIDILFITRI 2020
Tarikh & masa : 05 Mei 2020 & 8.30 Pagi – 1.30 Tengahari
Lokasi : Kaw. Perindustrian Taming Jaya, Balakong dan Kaw. Perindustrian Cheras Jaya, Hulu Langat
Rondaan dan pemantauan industri di kawasan Perindustrian Taming Jaya, Balakong dan Kaw. Perindustrian Cheras Jaya, Hulu Langat telah dijalankan bagi memantau sebarang unsur yang boleh mencemarkan sungai. Fokus operasi adalah ke atas premis yang telah mendapat kelulusan operasi oleh pihak MITI semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan.Beberapa premis di pilih secara rawak bagi memastikan sebarang pelepasan effluent dilepaskan ke longkang awam mematuhi Std A EP 2009. Pemerhatian dilakukan di longkang awam bersebelahan premis industri menghasilkan effluent industri.