Penerangan
Pada 5 Mei 2020, JAS WPKL melalui Rondaan Operasi Mencegah Pembakaran Terbuka (OMPT) telah menjalankan siasatan ke atas aduan pembakaran terbuka di Kampung Setia Jaya Kuala Lumpur yang merupakan kawasan penempatan setinggan. Hasil siasatan mendapati terdapat kesan pembakaran terbuka longgokan sampah domestik, kayu-kayu dan daun kering. Sebagai tindakan, Pegawai JAS telah menampal Notis Larangan Pembakaran Terbuka di kawasan berkenaan dan risalah larangan pembakaran terbuka juga telah diedarkan kepada penduduk sekitar. Kesalahan melakukan Pembakaran Terbuka boleh dikompaun maksima RM2,000 atau pertuduhan di bawah Seksyen 29A, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 yang mana jika disabitkan kesalahan boleh didenda RM 500,000 atau penjara 5 tahun atau kedua-duanya.