Penerangan
Menjalankan Penguatkuasaan / Siasatan Kes Tumpahan Susu Getah Dari Lori Kontena Terbakar
Tarikh : 5hb Mei 2020
Tempat : Kawasan Rehat Machap Arah Ke Utara Lebuhraya PLUS , Johor
Siasatan dijalankan oleh JAS Cawangan Kluang susulan kes tumpahan susu getah dari kontena ini adalah disebabkan oleh tayar lori kontena di bahagian belakang kenderaan terbakar, Kebakaran ini telah menyebabkan Tank IBC yang mengandungi Lateh Asli mengalami kebocoran dan tumpah ke atas jalanraya. Arahan telah dikeluarkan untuk Syarikat Pengangkutan menguruskan sepenuhnya kerja-kerja pembersihan tumpahan ini .JAS juga telah memaklumkan kepada pihak BAKAJ dan SAJ terdapat kes tumpahan susu getah latex dari kebakaran kontena ini sebagai langkah mengawal pencemaran ini memasuki Loji Rawatan Air Parit Raja 4. Jabatan Alam Sekitar Cawangan Kluang akan memantau kerja-kerja pembersihan ini.