Penerangan
Mesyuarat Debat Alam Sekitar
Tarikh : 18 Februari 2020 (Selasa)
Tempat : Bilik Melor, Tingkat 1, Bahagian Komunikasi Strategik
Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Pertandingan Debat Alam Sekitar Antara Institusi Pendidikan Tinggi Kali Ke-27 Bil 1/2020 telah dipengerusikan oleh YBrs. Dr. Norhazni Binti Mat Sari.
Mesyuarat ini telah diadakan sebagai persediaan awal bagi penganjuran Debat Alam Sekitar yang telah dihadiri oleh wakil-wakil daripada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dewan Bahasa dan Pustaka ( DBP), Universiti Sultan Zainal Abidin ( UniSZA), Universiti Malaysia Sabah (UMS) dan Jabatan Alam Sekitar Negeri Sabah.