PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel

Kuiz Alam Sekitar Sempena Kursus Kompetensi OYB EiMAS 2019@Tenera Hotel, Bangi

hillney 30/04/2020 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
Kuiz Alam Sekitar Sempena Kursus Kompetensi OYB EiMAS 2019@Tenera Hotel, Bangi
Tahun
2020
Tarikh Keluaran
30/04/2020
Organisasi
EiMAS

Penerangan

INSTITUT ALAM SEKITAR MALAYSIA SASAR 1,700 PESERTA HADIRI KURSUS KOMPETENSI PADA TAHUN 2019 BANGI, 4 Mac 2019 - Bagi memastikan bilangan Orang Yang Berwibawa (OYB) dapat ditingkatkan, pihak Institut Alam Sekitar Malaysia (EiMAS) telah mensasarkan seramai 1,700 orang peserta untuk menghadiri kursus kompetensi pada tahun ini. Program pentauliahan OYB merupakan salah satu program yang mampu meningkatkan keyakinan masyarakat terhadap pengurusan alam sekitar yang lestari. Sehingga Disember 2018, seramai 3874 orang telah ditauliahkan sebagai OYB dalam pelbagai kategori. Seramai 2,198 dalam kategori Course On Certified Environmental Profesional In Scheduled Waste Management (CePSWaM), 580 Certified Environmental Professional In The Operation Of Industrial Efluent Treatment Systems (CePIETSO) PCP, 403 CePIETSO BP, 249 Course on Certified Environmental Professional In Bag Filter Operation (CePBFO), 241 Course on Certified Environmental Professional In Scrubber Operation (CePSO), 105 Course for Certified Environmental Professional in Sewage Treatment Plant Operation – CePSTPO dan 98 Course for Certified Environmental Professional in the Treatment of Palm Oil Mill Effluent (Pond Processes) (CePPOME). Majlis Perasmian Seminar Pematuhan Continuing Professional Development (CPD) Hours Untuk Orang Yang Berwibawa 2019 telah disempurnakan oleh YBhg. Dato' Dr Ahmad Kamarul Najuib Bin Che Ibrahim, Ketua Pengarah Jabatan Alam Sekitar Malaysia. Seminar yang dianjurkan oleh EiMAS dengan kerjasama Kelab Sukan & Kebajikan EiMAS (KESUMAS) ini dihadiri oleh kira-kira 300 orang peserta yang terdiri daripada mereka yang telah memperolehi sijil kompetensi daripada EiMAS di dalam bidang masing-masing. Yang turut hadir ialah Puan Siti Zaleha Ibrahim, Pengarah EiMAS.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan