Penerangan
10 Februari 2020, Gopeng - Unit aduan JAS Perak telah menjalankan pemeriksaan ke atas sebuah kilang pyrolisis di Lawan Kuda yang menghasilkan minyak tayar. Pemeriksaan adalah berikutan aduan penduduk berdekatan yang mendakwa premis ini melepaskan asap hitam dan juga bau yang kurang enak semasa beroperasi. Pemeriksaan mendapati beberapa bahagian pada sistem alat kawalan pencemaran udara tidak berfungsi dengan baik.