Penerangan
Sebuah lori kecil 3 tan telah disiasat setelah dikenalpasti membuang dan membuat pembakaran terbuka di satu lokasi tapak pelupusan haram di Jalan Kuala Kangsar Ipoh, Lori ini menggunakan lokasi ini sebagai tempat pembuangan sisa pepejal dari industri dan juga sisa-sisa binaan. Maklumat pemilik lori dan identiti pemandu telah diambil, Kes pembuangan sampah secara haram ini telah dipanjangkan kepada Bahagian Kesihatan Bandar Majlis Bandaraya Ipoh. Bagi kesalahan pembakaran terbuka, kompaun akan dikenakan sebanyak RM 2000.00 bagi setiap longgok pembakaran dibawah Seksyen 29A Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.