Penerangan
Nama Aktiviti: SIASATAN ADUAN PENCEMARAN MINYAK DI SUNGAI SELANGOR YANG DIADU OLEH PIHAK LUAS
Tarikh: 27 April 2020
Lokasi: Kampung Berjuntai Bestari, Bestari Jaya, Selangor.
Dalam keadaan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) masih ada pihak yang tidak bertanggungjawab menyebabkan minyak dilepaskan ke dalam alur air. Jabatan Alam Sekitar Cawangan Sabak Bernam telah menerima aduan pencemaran minyak di kawalan alur kolam KL Larut, Sungai Selangor. Siasatan mendapati ada kesan tompokan minyak pada air sungai. Walaubagaimanapun, kesan minyak didapati tidak ketara dan tidak berbau. Pihak LUAS telah meletakkan oil boom dan absorbent di alur air yang mengandungi minyak untuk membendung aliran minyak dari memasuki Sungai Selangor.