PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Kes-kes Alam Sekitar

TIADA PENCEMARAN AKIBAT KEMALANGAN LORI TANKER DI KM 290 LEBUH RAYA PLUS ARAH UTARA

salmiwaty 28/04/2020 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
TIADA PENCEMARAN AKIBAT KEMALANGAN LORI TANKER DI KM 290 LEBUH RAYA PLUS ARAH UTARA
Tahun
2020
Tarikh Keluaran
28/04/2020
Organisasi
DOE Perak

Penerangan

20 MAC 2020, SIMPANG PULAI - Kemalangan lori tanker yang membawa ’Crude Palm Kernel Oil' (minyak makanan) di KM 290 Lebuh Raya Utara-Selatan (Arah Utara) didapati tidak menyebabkan pencemaran di kawasan kejadian. Pemantauan kerja-kerja pembersihan semasa yang dilaksanakan oleh kontraktor PLUS juga telah hampir selesai. Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Perak telah menjalankan siasatan di tempat kejadian serta tinjauan menggunakan drone mendapati tiada sebarang aliran dan takungan minyak di sekitar lokasi kejadian. Kemalangan yang berlaku sekitar jam 5 pagi itu telah menyebabkan semua minyak mentah dengan anggaran kapasiti sebanyak 43 tan tersebut telah tumpah ke jalan raya. Pihak PLUS dan BOMBA yang telah tiba di lokasi telah berjaya mengawal tumpahan tersebut dan menjalankan kerja-kerja pembersihan dengan semburan dan menabur serbuk kayu bagi membendung minyak yang tertumpah dari terus mengalir ke alur air berhampiran. JAS Negeri Perak akan terus menjalankan pemantauan susulan setelah kerja-kerja pengalihan lori dijalankan dan akan menilai dan memantau status kerja-kerja pembersihan sehingga selesai.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan