Penerangan
Pada hujung tahun 2019Jabatan Alam Sekitar Negeri Perak telah menjalankan lawatan kerja ke APMM dana Jabatan Laut Malaysia Lumut dalam mengukuhkan kerjasama yang melibatkan penguatkuasaan dan tindakan pencemaran yang berlaku di laut terutamanya tumpahan minyak dari kapal. Lawatan kerja ini telah memberi peluang kepada agensi-agensi untuk melihat kembali peraturan dan perundangan yang ada dalam menguatkuasakan undang-undang pencemaran laut dan juga bidang tugas dalam sekiranya berhadapan dengan bencana tumpahan minyak secara skala besar.
Jabatan Laut Malaysia Lumut telah mengundang pihak JAS Perak untuk melawat dan melihat kapal yang membawa arang batu untuk Stesen Janakuasa Sultan Azlan Shah Manjung. JAS Perak berpeluang melihat operasi kapal dan juga bahagian-bahagian penting dalam kapal dan sistem pengurusan buangan mereka.