Paparan Keseluruhan
- Tajuk
- Siasatan Aduan Kualiti Air Sungai Nyalau Di Samalaju, Bintulu, Sarawak
- Tahun
- 2020
- Tarikh Keluaran
- 22/04/2020
- Organisasi
- DOE Sarawak
Penerangan
JAS Cawangan Bintulu bersama agensi Natural Resources and Environment Board (NREB) Bintulu telah bersama-sama menjalankan siasatan aduan pada 14 April 2020 bagi mengenal pasti punca pencemaran yang dikatakan telah menyebabkan air Sungai Nyalau di Samalaju, Bintulu bertukar berwarna jernih kehijauan. Pengadu iaitu Ketua Kampung Hulu Nyalau juga turut hadir semasa siasatan dan diberi penerangan mengenai siasatan yang dijalankan serta bidang tugas antara JAS dan NREB. Siasatan di sepanjang Sungai Nyalau mendapati bahawa tiada kilang kelapa sawit berhampiran dan kilang di kawasan perindustrian Samalaju juga tidak menghasilkan efluen perindustrian ke alur sungai tersebut. Semasa menyusuri sungai tersebut, tiada ikan mati dilihat akibat kejadian air sungai menjadi jernih ini. Sebanyak 3 sampel air sungai telah diambil oleh NREB dan JAS akan terus menjalankan pemantauan sekiranya terdapat punca pencemaran lain yang berpotensi mencemarkan sungai tersebut.