Penerangan
JAS Perak berkerjasama menjayakan kem alam sekitar anjuran Kelab Belia Haluan Ipoh. Program kem ini dijalankan di Prelut Adventura Champ di Lubuk Timah, Keramat Pulai Perak. Program ini disertai oleh peserta berumur 10 hingga 12 tahun seramai 85 orang atas platform Rakan Alam Sekitar (RAS). Program yang bercirikan Alam Sekitar dan Al-Quran ini telah memberi impak yang sangat baik kepada peserta. Program ini merupakan program tahunan yang dijalankan oleh Kelab Belia Haluan Ipoh dengan kerjasama pelbagai agensi. Jabatan Alam Sekitar melalui unit pendidikan dan kesedaran telah membantu dari segi pendidikan alam sekitar dan taklimat berhubung dengan kesedaran menjaga alam sekitar,
#kekas#rakanalamsekitar#jasnegeriperak