PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

SUSULAN SIASATAN PENGUATKUASAAN KE ATAS ADUAN PENCEMARAN SUNGAI DI DAERAH KECIL TONGOD

chai 16/04/2020 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
SUSULAN SIASATAN PENGUATKUASAAN KE ATAS ADUAN PENCEMARAN SUNGAI DI DAERAH KECIL TONGOD
Tahun
2020
Tarikh Keluaran
16/04/2020
Organisasi
DOE Sabah

Penerangan

SUSULAN SIASATAN PENGUATKUASAAN KE ATAS ADUAN PENCEMARAN SUNGAI DI DAERAH KECIL TONGOD TARIKH: 9 APRIL 2020 LOKASI ADUAN: Sungai Tongod Pada 09 April 2020, jam sekitar 9.00 pagi, LRA Tongod telah beroperasi semula. Walau bagaimanapun bekalan air kepada penduduk hanya dapat dilakukan pada sebelah petang, memandangkan pihak loji perlu ‘flush out’ bekalan air semalam. Pasukan penyiasat JAS Cawangan Sandakan menjalankan siasatan semula bersama MPKK dan kakitangan Jabatan Air Tongod hasil maklumat daripada orang awam yang mengetahui kedudukan aliran yang berpotensi memasuki Sungai Malagatan yang bersambung dengan Sungai Tongod. Hasil siasatan telah menemui efluen yang bertakung pada parit/alurair ladang yang menghampiri Sungai Malagatan dalam jarak lebih kurang 100 meter hingga 200 meter dari sungai. Pada bahagian hilir parit/alur dalam ladang yang bersambung dengan Sungai Malagatan juga terdapat kesan-kesan efluen. Lokasi takungan efluen yang dikesan ini dijangkakan terletak lebih kurang dua(2) KM daripada kawasan pengairan tanah Kilang Kelapa Sawit Veetar.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan