Penerangan
SIASATAN PENGUATKUASAAN KE ATAS ADUAN PENCEMARAN SUNGAI DI DAERAH KECIL TONGOD
TARIKH: 8 APRIL 2020
LOKASI ADUAN: Sungai Tongod
Pada 08 April 2020, jam lebih kurang 12.00 tengah hari, Jabatan Alam Sekitar Negeri Sabah telah menerima maklumat daripada Pegawai daerah Tongod berhubung kejadian henti-operasi Loji Rawatan Air (LRA) Tongod, Sabah yang dikatakan akibat berlaku pencemaran di sungai Tongod, Tongod, Sabah. Loji ini merawat air untuk disalurkan ke kepada pengguna di sekitar daerah Tongod
Pihak Jabatan Air Sabah, Tongod, dan MPKK telah diminta untuk sama-sama menjalankan siasatan bagi mengesan pencemaran yang dinyatakan.